“Mangsa Dalam Perjalanan Menuntut Ilmu, Mereka Tergolong Dalam Kategori Syahid Akhirat” – Mufti

LocalOpinion
10 Jun 2025 • 9:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Insiden yang melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban disebabkan bas yang dinaiki hilang kawalan sememangnya membuatkan satu Malaysia berduka.

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata mereka yang meninggal dunia di dalam kalangan itu dikategori dalam syahid akhirat.

Pandangan itu berdasarkan pendapat ulama seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr, yang memberitahu jika meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, bukan kerana maksiat atau kecuaian sendiri, maka mereka termasuk dalam kategori syahid akhirat.

Dalam pada itu, beliau berkata para ulama ada membahagikan syahid dalam tiga kategori, di mana berdasarkan kes semalam, mereka tergolong dalam syahid akhirat kerana dalam perjalanan untuk menuntut ilmu.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat.

Tambahnya lagi, biarpun jenazah dimandikan serta disolatkan tetapi mereka akan menerima ganjaran yang besar di hari akhirat.

image is not available 17 hours ago

Tular Video ‘Dashcam’ Kejadian Semasa Kemalangan Bas Bawa Pelajar UPSI - “Allah Lajunya..”