Mangsa Kes Penceramah Bebas Diminta Tampil Buat Laporan - Fadhlina

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 4:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mangsa Kes Penceramah Bebas Diminta Tampil Buat Laporan - Fadhlina

ALOR GAJAH, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan meminta mangsa yang dikaitkan dengan kes seorang penceramah yang disiasat berhubung perlakuan tidak wajar supaya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Menteri berkenaan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata laporan daripada mangsa amat penting bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan selain membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan berdasarkan proses yang sedang dilaksanakan.

“Hal ini sangat penting. Sebab kalau kita tak ada laporan daripada pihak berkuasa dan juga dari segi tindakan-tindakan itu, akan menyukarkan kita dan kita tidak mahu perkara ini terus berlangsung dalam suasana di sekolah.

“Kita mahu sekolah betul-betul selamat dalam aspek itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka kepada Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, di sini hari ini.

Baca juga:

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPM memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan kanak-kanak di sekolah.

“Saya sudah sebut bahawa semua program yang melibatkan penceramah itu dihentikan serta-merta untuk memberikan laluan kepada siasatan yang sedang kita laksanakan.

“Jadi, kita pandang serius, dan kita minta anak-anak ataupun mangsa yang terlibat untuk tampil ke pihak berkuasa dan membuat laporan, manakala semua pihak sekolah termasuk pentadbir mengambil perkara berkenaan secara serius bagi memastikan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Semalam, Fadhlina mengarahkan semua program di sekolah yang melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa berkelakuan tidak wajar, diarah dihentikan serta-merta bagi memberikan ruang kepada siasatan penuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved