Wanita maut dihempap bumbung sekolah

20 Jun 2023 • 8:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan rumah mangsa yang dihempap bumbung sekolah di Tahang Rimau di Segamat. - Foto Bomba

SEGAMAT - Seorang wanita maut selepas rumahnya dihempap bumbung sekolah yang diterbangkan angin di Tahang Rimau di sini pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 7.41 malam.

Menurutnya, sebuah jentera FRT bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seg Hwa.

"Bumbung sekolah berkeluasan 501 meter persegi runtuh dan diterbangkan angin menghempap sebuah rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari sekolah.

"Terdapat seorang wanita dikenali sebagai V Mahedevi telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 8.21 malam.