Mangsa terperangkap kepala air diselamatkan

24 Aug 2024 • 1:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
19 sekeluarga dan tiga penduduk setempat menunggu di tebing sungai untuk diselamatkan selepas lebih 12 jam terperangkap.

image is not available
Seorang mangsa berjaya dibawa merentasi sungai selepas satu-satunya jambatan menghubung ke lokasi runtuh akibat kepala air.

image is not available
Pasukan bomba menggunakan kaedah 'highline' bagi membawa keluar 21 mangsa yang terperangkap di Risda Eco Park di Slim River pada Sabtu.

image is not available
Seorang mengsa dibawa keluar merentasi Sungai Gelinting.

image is not available
Bot 'rafting' turut digunakan untuk membawa kanak-kanak keluar menyeberangi arus deras Sungai Gelinting.

TANJUNG MALIM - Kesemua 21 mangsa yang terperangkap susulan kejadian kepala air di Risda Eco Park dekat Ulu Slim berjaya diselamatkan pada Sabtu.

Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Khairil Adli Zakaria, jumlah itu melibatkan 18 pengunjung, dua penduduk tempatan dan seorang kakitangan Risda berjaya dikeluarkan.

"Mangsa melibatkan 14 orang dewasa dan tujuh kanak-kanak diselamatkan dalam operasi berlangsung selama empat jam hasil kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kesemua mangsa diselamatkan dengan menggunakan kaedah merentasi 'highline' Sungai Gelinting berikutan satu-satunya jambatan menghubung ke lokasi berkenaan runtuh," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, sebuah bot 'rafting' turut digunakan bagi menyelamatkan tujuh kanak-kanak tersebut untuk merentasi sungai.

"Pemeriksaan awal mendapati kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak Risda untuk tindakan selanjutnya," katanya.