“Mangsa Tidak Digilis” – Peguam DSP Nazri Dakwa Bukti Forensik Bercanggah Dengan Keterangan Saksi

14 Aug 2026 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, tidak digilis oleh kenderaan yang dipandu pegawai kanan polis, DSP Mohd Nazri Abdul Razak, seperti didakwa beberapa saksi.

Peguam bela, M. Athimulan berhujah bahawa teori mangsa digilis bercanggah dengan bukti perubatan dan forensik yang dikemukakan dalam perbicaraan.

Advertisement

dsp

Menurutnya, pakar patologi forensik mengesahkan kecederaan dialami mangsa tidak konsisten dengan keadaan seseorang yang digilis kenderaan kerana tiada tulang remuk, organ hancur atau kesan tayar pada tubuh serta pakaian si mati.

“Yang Arif, kami dengan hormatnya berhujah bahawa bukti perubatan ini adalah fakta saintifik dan objektif serta tidak terdedah kepada kelemahan persepsi manusia. Ia secara langsung menyangkal dakwaan saksi.

“Pihak kami berhujah bahawa sekiranya keterangan saksi bercanggah dengan bukti yang dikemukakan oleh pakar perubatan maka keterangan mereka tidak boleh dipercayai,” katanya.

Athimulan berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet.

Mohd Nazri, 46, berdepan pertuduhan membunuh Muhammad Zaharif Affendi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati antara jam 11.55 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pembelaan Dakwa Mangsa ‘Tercampak’, Bukan Digilis

Menurut pihak pembelaan, ketiadaan kesan tayar pada pakaian dan tubuh mangsa menyokong hujah bahawa insiden tersebut merupakan satu tragedi apabila mangsa tercampak daripada motosikal selepas berlaku pelanggaran.

Athimulan berkata kecederaan dialami mangsa juga didakwa lebih konsisten dengan kesan terjatuh di atas jalan raya.

“Keterangan saksi itu telah terjejas akibat persepsi terhadap kejadian traumatik dan dipengaruhi impak media sosial,” katanya.

Bagaimanapun, perkara tersebut merupakan hujah pihak pembelaan dan mahkamah masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kes berkenaan.

Persoal Ketiadaan Data ‘Kotak Hitam’

Dalam hujah sama, Athimulan turut membangkitkan isu kegagalan mengemukakan data ‘kotak hitam’ daripada kenderaan Perodua Ativa yang dipandu tertuduh.

@malaysiagazette

Pegawai Polis Langgar Pelajar Sekolah Ditahan Seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah terbabit dalam nahas yang mengorbankan pelajar lelaki di Taman Jati, Ipoh ditahan untuk siasatan lanjut. #malaysiagazette #mgflash #pegawaipolisditahan #tamanjati #ipoh langgarlari

? original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Menurutnya, data tersebut penting bagi membantu membina semula kejadian serta menentukan sama ada wujud unsur niat atau mens rea dalam insiden berkenaan.

“Tanpa data kotak hitam itu, pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan sama ada tertuduh cuba membrek, melencongkan kenderaan atau cuba mengelakkan perlanggaran serta sama ada kelajuan kenderaan konsisten dengan keadaan hilang kawalan dan bukannya tindakan yang disengajakan.

“Yang Arif, kami berhujah bahawa perkara-perkara ini bukanlah lompang kecil dalam kes pendakwaan, sebaliknya ia adalah asas yang menjadi teras kepada teori pihak pendakwaan mengenai niat jahat kerana pertuduhan terhadap tertuduh ialah kesalahan paling serius di bawah Kanun Keseksaan, iaitu melakukan pembunuhan melalui tindakan sengaja menggunakan kenderaan,” katanya.

Athimulan yang dibantu peguam Datuk Mior Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman dijadual meneruskan hujah pembelaan.

Pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz bersama Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Monisha Pandey.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

RXZ2026-08-14 13:05:07

RXZ Members Mahu Buat Permohonan Kepada LLM Agar Tutup LPT1 & LPT2 Khas Untuk Peserta Konvoi Terengganu

 

The post “Mangsa Tidak Digilis” – Peguam DSP Nazri Dakwa Bukti Forensik Bercanggah Dengan Keterangan Saksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved