Manifesto Belanja Lunch Bulan Puasa, Netizen Lancar Gerakan Undi ‘Barkoba’ Menang ABPBH

9 Jul 2023 • 11:04 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon yang sinonim dengan karakter lawak, Bell Ngasri mencuri tumpuan ramai apabila tercalon Top 5 Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

Bell yang popular dengan karakter Barkoba dalam telefilem 16 dan 17 Puasa secara berseloroh berjanji akan belanja makan tengah hari di bulan Ramadan jika memenangi kategori itu.

image is not available

Netizen pun apa lagi? Mereka menyambut baik ‘manifesto’ Barkoba dan mengundi untuk memastikan beliau menang.

Menerusi satu hantaran lain, Bell berkata dia sangat terharu dengan sokongan yang ditunjukkan netizen. Macam-macam persatuan yang promosi dirinya termasuklah persatuan ibu-ibu mengandung.

Difahamkan, selama 3 dekad bergelar anak seni, inilah kali pertama pelakon ini tercalon dalam kategori artis komedi.

Katanya, tercalon sebagai top 5 sudah cukup bermakna buat dirinya dan tak sangka mendapat sokongan ramai. Jelasnya lagi, dia hanya bekerja untuk mencari rezeki sebagai anak seni bukanlah mengejar populariti.

Dia merasakan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran lebih layak untuk menang kategori yang dipertandingkan.

Kredit: Harian Metro | Facebook Bell Ngasri