“Mesti Keluarga Je Yang Undi” – Ernie Zakri Dikutuk Netizen, Tercalon Top 5 ABPBH Ke-35

Music
22 Jun 2023 • 3:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ernie zakri

Baru-baru ini, penyanyi Ernie Zakri tercalon dalam senarai Top 5 kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 yang bakal berlangsung pada 21 Julai 2023 nanti.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Ernie berkongsi rasa teruja dan gembira apabila tercalon dalam kategori berkenaan.

Penyanyi berusia 30 tahun itu, turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang mengundinya secara atas talian di laman sesawang rasmi ABPBH 35.

Malah, Ernie juga memaklumkan sekiranya dia menang, dia akan menghadiahkan para peminatnya dengan mengeluarkan lagu baharu.

Tercalon pula Top 5 Penyanyi Wanita Popular! Weehoo!

Ok la nanti kita raikan dengan lagu baru la! Terima kasih sudi undi kita tekan tekan like like banyak banyak tu. Sayang semuanya.

Menang kita keluarkan lagu baru, tak menang pun kita keluarkan! Haha! Muah!

Namun, ada pula komen yang kurang senang dari seorang netizen dan mendakwa sekiranya pelantun lagu Ku Bersuara memenangi pencalonan itu, ia hanyalah bantuan undian ahli keluarganya sendiri.

image is not available

Tambahan, individu tersebut juga berkata orang ramai akan lebih tertumpu untuk mengundi penyanyi Aina Abdul.

Walaupun dikutuk sebegitu, Ernie tetap tenang membalas komen yang ditulis individu berkenaan.

Hihihi tak apa, kalau keluarga ja undi pun Alhamduillah. Hidup ini bukan satu pertandingan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.