Manifesto Warisan Labuan garis 20 fokus utama

9 Nov 2022 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Parti Warisan (Warisan) bahagian Labuan menggariskan 20 perkara sebagai fokus utama dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata calon Warisan Datuk Rozman Isli.

Beliau, yang juga penyandang kerusi Parlimen Labuan, berkata 20 perkara itu (sekiranya dilaksanakan) boleh membantu melonjakkan pembangunan ekonomi pulau bebas cukai berkenaan seterusnya membawa kepada kesejahteraan rakyat.

Katanya projek pembangunan dalam Pelan Pembangunan Labuan 2030 harus terus dilaksanakan bagi mencetuskan pelbagai pembangunan ekonom selain keperluan untuk mengukuhkan status bebas cukai yang memberi manfaat kepada Labuan.

“Dalam manifesto ini, kita juga mahu melihat kepelbagaian ekonomi tanpa perlu bergantung kepada sektor minyak dan gas serta sektor perniagaan dan kewangan sekali gus membuka peluang pekerjaan yang tidak terhad kepada kedua sektor ini sahaja.

“Manifesto ini juga menekankan kepada keperluan untuk memulihkan industri logistik dan perkapalan termasuk aktiviti perdagangan barter,” katanya selepas melancarkan Manifesto Parti Warisan [email protected] Labuan di sini pada Selasa.

Rozman berkata usaha berterusan juga perlu bagi menjadikan Labuan sebagai hab pendidikan serantau dengan menaik taraf Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sebagai universiti penuh.

“Kita juga mahu melihat usaha mempergiatkan lagi sektor industri kecil dan sederhana yang mampu menghidupkan aktiviti ekonomi seterusnya membuka peluang pekerjaan,” katanya.

Rozman berdepan lima pencabar iaitu calon Barisan Nasional-Umno Datuk Bashir Alias; Suhaili Abdul Rahman (Perikatan Nasional-Bersatu); Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM); Datuk Dr Ramli Tahir (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly (Gerakan Tanah Air-Pejuang).

Labuan kini mempunyai 44, 484 pengundi berbanding 28,356 pada PRU14.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.