“Manipulasi, tipu helah” – Tak Puas Hati Tewas, Anak Zahid Hamidi Lapor Jawatankuasa Pemilihan

Politics
13 Mar 2023 • 11:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun menang dalam jawatan EXCO Wanita UMNO pusat, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dilaporkan tewas dalam saingan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk kelmarin. Dakwanya, wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan itu berlangsung.

Nurul Zahid merusi Facebook miliknya menyatakan bahawa kegiatan tidak beretika itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

 

Saya tidak kalah cuma.. – Nurul Zahid

Dalam perkongsian di Facebook itu, Nurul Zahid menyatakan bahawa undiannya 115/268 dan yang ‘masih menang’ adalah 133/268, beliau melampirkan satu gambar screenshot perbualan daripada satu pihak yang memberikan arahan untuk menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.”

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO.”

Dakwa beliau, perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Pemilihan UMNO.

Pelanggaran Tataetika Pemilihan UMNO Perkara 4 – Pengaruh Tidak Wajar. Whatsapp pada malam pemilihan 10/3 daripada…

Posted by Nurulhidayah Ahmad Zahid Official on Sunday, March 12, 2023

Sebagai rujukan, Berita Harian melaporkan bahawa UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Ahmad Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.