“Manja Betul Panggil Mama Macam Tu”- Tular Di Tiktok, Si Bulus Panggil Tuannya ‘Mama’ Buat Netizen Terhibur.

21 Oct 2023 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Agak membosankan jika si bulus,tidak dapat memahami bahasa dan kita yang beria nak belai mereka?

Mesti best kalau nak haiwan peliharaan faham bahasa kita seperti video haiwan manja yang kita tengok di media sosial.

Seorang pemilik kucing British Shorthair menjadi tular apabila kucing itu mencari tuannya yang sedang berada didalam bilik.

Mengejutkan, apabila kucing itu mencari dengan memanggil ‘Mama’ pada tuannya.

Panggilan itu seakan anak kecil yang mencari ibunya dan tuanya menyahut panggilan si bulus.

Mendengar sahutan itu, si Obey terus masuk ke dalam bilik dan kelihatan mahu menemani tuannya.

Video berkenaan tular di akaun TikTok @nurafiqah91 dan mendapat 551,900 tontonan dan 959 komen.

Rata-rata warganet berikan komen positif dan ingin mendapatkan kucing pandai seperti Obey.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available

image is not available

“Tekjutku awal2 igaat baby yg pgl rupa2nya sicomeyyyy.

“Pastu kita masuk bilik air…dia pun ikut masuk sama…geram je kan..

“aku ingt anak org..tgk hastag ank bulus…hahahahaha adehhhh..,” antara komen warganet diruangan komen.

Mana nak dapat satu macam Obey ni. Nak buat gomol malam-malam.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.