
LABUAN: Dewan Perniagaan Labuan melihat hari yang lebih baik untuk Pulau itu dengan Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan (WP) dan meletakkan pentadbiran wilayah persekutuan di bawah jabatan Perdana Menteri.
Pengerusinya Datuk Wong Kii Yii berkata ini bermakna Labuan akan mendapat perhatian terus daripada Perdana Menteri tanpa perlu melalui Kementerian lain.
Pendekatan baharu itu menjanjikan sesuatu yang lebih baik kerana ia boleh membawa kepada keputusan lebih pantas dalam isu-isu berkaitan Labuan.
Wong juga menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebelum ini dan sudah biasa dengan status pusat kewangan Pulau itu serta keistimewaan status bersejarah bebas-cukai yang dinikmati Pulau itu sejak zaman penjajah.


