Mantan Pembantu David Beckham Tegaskan Jalin Hubungan Sulit: “Saya Tak Tipu”

2 Apr 2025 • 10:43 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bukan pengakuan pertama kali kini mantan pembantu David Beckham, Rebecca Loos sekali lagi menegaskan pernah menjalin hubungan bersama pemain bola sepak legenda itu.

Loos yang pernah bekerja dengan Beckham lebih 20 tahun lalu mendakwa sempat mempunyai hubungan asmara dengan suami Victoria Beckham itu selama empat bulan.

“Pada saya adalah sesuatu yang amat berani untuk ‘membuka’ cerita tentang kami. Saya terperangkap dalam kebenaran (jalin hubungan sulit). 


“Saya tidak pernah menokok tambah cerita. Saya tidak pernah menipu,” katanya sewaktu muncul sebagai tetamu dalam program 60 Minutes Australia seperti dilaporkan People.



Menurut Loos yang mendakwa hubungan terlarang itu berlaku pada tahun 2003 selepas perpindahan bintang tersebut dari kelab Real Madrid ke Manchester United, dia seperti mengambil risiko besar kerana berani mendedahkan skandal itu meski sedar Beckham dan Victoria sebagai pasangan yang sangat berpengaruh di dunia.

Beckham bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut saat pertama kali Loos yang kini berkahwin dengan seorang doktor membuat pendedahan itu.

View Original Article