Rishi Sunak memegang jawatan Perdana Menteri United Kingdom antara 2022 hingga 2024. Selepas parti beliau kalah dalam pilihanraya, beliau Sunak turut meletakkan jawatan sebagai ketua parti Conservatives. Beliau kini memulakan kerjaya baharu sebagai kakitangan Microsoft dan Anthropic.

Di kedua-dua syarikat teknologi ini, beliau memegang jawatan sebagai penasihat separuh masa bagi memberikan perspektif strategik mengikut trend geopolitik semasa. Walaupun dibenarkan memegang dua jawatan ini, Sunak tidak dibenarkan melobi ahli parlimen UK untuk menguntungkan majikan beliau. Kesemua gaji yang diterima akan diserahkan kepada The Richmond Project, iaitu sebuah badan amal yang diasaskan Sunak bersama isterinya.
Semasa masih memegang jawatan PM, Sunak memperkenalkan beberapa polisi yang dilihat mesra kepada industri kecerdasan buatan. Dalam hantaran di akaun media sosial peribadi, beliau mengatakan akan menggunakan jawatan beliau untuk memastikan perubahan teknologi yang akan menyampaikan penambahbaikan dalam kehidupan semua.




