Mantera lahir dari rasa tanggungjawab: Pengarah

EntertainmentLifestyle
26 Apr 2025 • 8:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

MANTERA bukan sekadar filem sulung bagi pengarahnya, Chester Pang, tetapi juga menjadi platform untuk mengetengahkan budaya dan karya anak seni Sabah ke persada arus perdana.

Mengangkat elemen Bobolian, amalan tradisi kaum Dusun yang semakin jarang diamalkan, Chester berkata naskhah itu lahir daripada rasa tanggungjawab mendalamnya terhadap warisan Negeri di Bawah Bayu.

“Filem ini bukan sekadar medium untuk saya berkarya. Ia juga membawa beberapa tanggungjawab penting sebagai pembikin filem di Sabah. “Pertama, saya ingin mengetengahkan unsur kebudayaan dan amalan tradisi lama yang kian terhakis.

“Ini adalah warisan kita yang perlu dipelihara dan dikongsikan dengan generasi hari ini dan akan datang,” katanya ketika ditemui selepas tayangan khas filem Mantera, Rabu lalu.