Manus Kembali Beroperasi Sebagai Syarikat Bebas Daripada Meta

TechnologyStartup
12 Aug 2026 • 11:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Manus mengumumkan mereka akan kembali beroperasi sebagai syarikat bebas daripada Meta awal pagi tadi. Ini adalah kerana pengambilalihan syarikat oleh Meta tahun lalu menerima tentangan kerajaan China dengan ura-ura Manus kemudiannya akan kembali ke tangan pelabur awal syarikat yang berpangkalan di China.

Image from: Manus Kembali Beroperasi Sebagai Syarikat Bebas Daripada Meta

Oleh sebab itu, Manus mengatakan sesetengah akaun yang dibuka selepas 29 Disember 2025 akan dipadam bagi memenuhi peraturan negara. Data mereka akan mula dipadam bermula 23 Ogos hingga 24 Ogos. Pengguna yang terjejas akan menerima emel daripada Manus dan dinasihatkan melakukan sandaran sebelum dipadam.

Mereka kemudian boleh memulihkan semula data pada 25 Ogos. Manus tidak mengenakan caj sepanjang tempoh sandaran dan menerima bonus sekiranya kembali menggunakan perkhidmatan syarikat.

Tencent, ZhenFund dan HSG adalah antara syarikat yang berminta menjadi pemegang saham syarikat selepas ia tidak lagi berada di bawah payung Meta. Manus mempunyai jutaan pengguna dengan AI mereka boleh melakukan pelbagai tugasan seperti pengurusan dokumen, penghasilan grafik dan penawaran ejen AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved