Manusia Ada Belang Di Badan? Ramai Tak Tahu Tentang “Blaschko Lines”

Health & FitnessLifestyle
24 Oct 2024 • 11:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Manusia Ada Belang Di Badan? Ramai Tak Tahu Tentang “Blaschko Lines”

Jika kita perhatikan, sesetengah mamalia seperti kucing, harimau dan kuda belang memiliki corak atau belang unik yang jelas kelihatan.

Tapi, tahukah anda bahawa merujuk sains, manusia juga sebenarnya menepati ciri ini yang meletakkannya di dalam kelas mamalia?

Ramai di luar sana yang berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai belang.

Namun, satu persoalan menarik mula dibangkitkan apabila filem Avatar: The Way of Water ditayangkan.

Ramai pengguna media sosial tertanya-tanya, adakah manusia juga mempunyai belang seperti alien Na’vi dalam filem tersebut?

Mengejutkan, satu kajian menunjukkan bahawa manusia sebenarnya juga mempunyai “belang”, dikenali sebagai Blaschko Lines.

Penemuan Blaschko Lines

image is not available
Kredit: Molho-Pessach & Schaffer, Clinics in Dermatology, 2011

Pada tahun 1901, seorang pakar dermatologi Jerman bernama Alfred Blaschko menjalankan kajian ke atas lebih 150 orang pesakit yang mempunyai pelbagai masalah kulit.

Hasil kajian ini mendapati bahawa tanda lahir, tahi lalat dan keadaan kulit tertentu mengikut pola garisan tetap yang sama pada tubuh.

Garisan-garisan ini membentuk lengkungan di bahagian dada, belakang dan punggung manusia.

100 tahun kemudian, seorang lagi pakar perubatan, Rudolph Happle, menambah bahawa garisan ini juga boleh muncul di leher dan kepala.

Bagaimana Blaschko Lines terbentuk?

Garisan Blaschko dipercayai terbentuk akibat pergerakan sel-sel dalam badan ketika pembentukan janin.

Setiap manusia mewarisi dua kromosom DNA, satu dari ibu dan satu dari bapa.

Namun, pada peringkat awal perkembangan embrio, sel-sel dalam tubuh hanya akan memilih satu DNA untuk diwarisi.

Perbezaan DNA inilah yang membentuk Blaschko Lines pada tubuh manusia.

Kadangkala, garisan ini tidak kelihatan dengan jelas, tetapi ia boleh muncul dalam bentuk tompok atau corak tertentu pada kulit.

image is not available
Kredit: Molho-Pessach & Schaffer, Clinics in Dermatology, 2011

Mitos tentang Blaschko Lines

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa garisan ini boleh dilihat menggunakan cahaya ultraungu (UV).

Bagaimanapun, ini tidak benar. Garisan Blaschko hanya akan kelihatan dalam situasi tertentu, terutamanya apabila seseorang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau vitiligo.

Terdapat juga dakwaan bahawa kucing boleh melihat belang manusia, tetapi setakat ini tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut.