MAPIM Kecam Serangan Dron ke atas Kapal Flotilla, Tuntut Tindakan Segera Komuniti Antarabangsa

LocalPolitics
9 Sep 2025 • 11:47 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam sekeras-kerasnya serangan dron yang mensasarkan kapal Global Sumud Flotilla, sebuah konvoi awam yang dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

MAPIM menegaskan serangan itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah mengancam nyawa orang awam yang tidak bersenjata, yang berusaha menyalurkan sokongan kepada penduduk Gaza yang terkepung.

“Komuniti antarabangsa tidak boleh berdiam diri apabila misi kemanusiaan diserang secara terang-terangan tanpa menghiraukan hak asasi manusia dan prinsip Konvensyen Geneva. Tindakan ini jelas merupakan jenayah perang dan mesti segera disiasat serta dihentikan,” kata Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, MAPIM menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan hak asasi manusia serta kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab untuk:

  1. Mengecam serangan tersebut dengan tegas.

  2. Menjamin perlindungan kepada semua konvoi bantuan ke Gaza.

  3. Membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

  4. Mengambil langkah diplomatik dan undang-undang segera bagi mengelak peningkatan keganasan.

MAPIM menegaskan bahawa rakyat Gaza telah lama berdepan sekatan, penderitaan dan serangan berpanjangan. Justeru, sebarang serangan terhadap pihak yang membawa bantuan kemanusiaan dianggap sebagai serangan terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

“MAPIM kekal teguh bersama rakyat Palestin dan mendesak komuniti dunia bertindak tegas demi melindungi nyawa, menjunjung undang-undang antarabangsa dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” ujar kenyataan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved