MAPIM Laksanakan Misi Bantuan Banjir di Beberapa Kawasan Terjejas di Kelantan

LocalEnvironment
2 Dec 2024 • 3:12 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menggerakkan misi bantuan di beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Kelantan, antaranya Pulau Gagak, Sekolah Kebangsaan Kok Pasir, dan Kampung Cherang Melintang pada hari pertama misi, semalam.

Misi bantuan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 8.30 malam dengan sokongan penuh daripada 35 ahli MAPIM Rangers, 20 buah jelopi, dan 8 buah bot. Pasukan ini berusaha menyampaikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terputus hubungan.

image is not available

Pulau Gagak
Di Pulau Gagak, pasukan Mapim berjaya menghantar 3 kotak food pack untuk 3 buah keluarga yang terputus hubungan akibat banjir, memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Sekolah Kebangsaan Kok Pasir
Di PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Sekolah Kebangsaan Kok Pasir, sebanyak 20 food pack diserahkan bagi kegunaan dapur pusat pemindahan yang menempatkan 481 mangsa banjir. Bantuan ini membantu menyediakan makanan kepada mangsa yang sedang berlindung di pusat pemindahan tersebut.

image is not available

Kampung Cherang Melintang
Di Kampung Cherang Melintang, 10 buah keluarga yang terputus hubungan turut menerima bantuan berupa 10 food pack, air mineral, dan roti bagi memenuhi keperluan asas mereka dalam menghadapi kesulitan akibat bencana.

image is not available

image is not available

Menurut Ketua Pasukan Mapim, misi bantuan ini akan diteruskan untuk memastikan tiada mangsa yang terabai dalam menghadapi kesulitan ini. “Semoga bantuan yang disalurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas dan menunjukkan bahawa masyarakat tidak pernah dibiarkan dalam kesulitan,” katanya.

Mapim turut menzahirkan harapan agar usaha ini diberkati dan memberi manfaat besar kepada masyarakat yang memerlukan bantuan segera.