MAPIM Rangers nekad bantu mangsa banjir di Mersing

31 Jan 2023 • 6:04 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

MERSING: Sukarelawan pacuan empat roda MAPIM Rangers kini berada di Kampung Pengkalan Bukit dalam misi 3 hari membantu mangsa banjir di Mersing, Johor.

“Laluan untuk masuk ke kampung ini agak sukar kerana sungainya kecik serta jalannya agak teruk dan hanya boleh dilalui oleh 4×4 sahaja,” jelas Khairul Badri ketika temubual Ummah Today.

Selain itu, MAPIM Rangers juga ke Kampung Terwowoh bagi menyampaikan bantuan kepada 30 buah keluarga yang terkandas.

image is not available

“Perjalanan kami ke Kampung Tewowoh agak mencabar kali ini ekoran arus air sungai yang deras. Tetapi alhamdulillah pihak MAPIM Rangers berjaya membawa bantuan daripada MAPIM Malaysia dan juga kotak bantuan sumbangan Al Khair Foundation ke kampung ini untuk menyampaikan amanah yang diberi oleh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa banjir,

“Sekali lagi saya mewakili pihak MAPIM Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat malaysia yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di mersing kali ini,” kata Khairul Badri.

image is not available

Dalam misi kali ini juga, MAPIM Rangers membawa lebih 100 kotak bantuan makanan asas, kit kebersihan dan air mineral untuk penduduk yang terjejas akibat banjir teruk.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,729 membabitkan 765 keluarga setakat jam 4 petang tadi, berbanding 2,687 daripada 747 keluarga pada jam 12 tengah hari.

Jumlah itu meningkat apabila terdapat penambahan mangsa banjir di Mersing, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Mersing meningkat daripada 973 orang pada jam 12 tengah hari tadi kepada 1,007 orang.

Katanya, jumlah itu membabitkan peningkatan daripada 282 keluarga kepada 291 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

“Di Kota Tinggi pula menyaksikan peningkatan tujuh mangsa membabitkan dua keluarga, manakala di Batu Pahat, jumlah mangsa meningkat daripada 734 orang daripada 207 keluarga kepada 771 orang daripada 221 keluarga,” katanya.

image is not available

Selain menyantuni penduduk yang terjerjas akibat banjir, misi bantuan kali ini juga lebih memfokuskan kepada mangsa banjir yang terperangkap akibat terputus laluan darat dan pedalaman.

MAPIM Rangers telah berjaya memberi manfaat kepada warga emas dan ibu mengandung yang terkandas di kampung yang terjejas ekoran terputus hubungan dengan jalan utama.

MAPIM Rangers akan terus bergerak ke kampung dan negeri-negeri lain yang terjejas akibat banjir bagi menyumbang tenaga serta bantuan pasca banjir kepada mereka yang terjejas.

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

.