MAPIM tandatangani MoU bersama Yayasan Kemanusiaan Mampan DIHAD

14 Mar 2023 • 11:45 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

DUBAI: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menandatangani MoU bersama DIHAD Sustainable Humanitarian Foundation atau Yayasan Kemanusiaan Mampan DIHAD di Persidangan Bantuan & Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023) pada Isnin.

Di bawah tema ‘Tenaga & Bantuan: Memanfaatkan Sumber Yang Tersedia’, DIHAD 2023 menghimpunkan ratusan NGO terkemuka antarabangsa, Agensi PBB, pertubuhan amal, badan kerajaan bagi menangani keperluan rakyat dan negara yang terjejas akibat krisis serta bencana alam.

image is not available

image is not available
Sessi memeterai perjanjian MoU yang diwakili Dr Abdul Salam Al Madani Pengerusi Eksekutif DIHAD & Duta Muhibah DISAB bersama Ketua Eksekutif MAPIM Malaysia (Dr) Sani Araby Al-Kahery

Yang Teramat Mulia Sheikh Hasher bin Maktoum bin Juma Al Maktoum, Pengerusi Dubai Media Incorporated telah merasmikan edisi ke-19 Persidangan Bantuan dan Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai.

Lebih 8,200 peserta dari 110 negara menghadiri DIHAD 2023, termasuk 828 NGO.

DIHAD 2023 diadakan bersempena dengan edisi ke-14 Pameran Pengurusan Kecemasan dan Bencana Antarabangsa– IECM, yang menyediakan platform kecemasan, pengurusan bencana dan komuniti mencari serta menyelamat bagi memberi pendedahan mengenai peralatan, teknologi dan perkhidmatan yang disediakan semasa kecemasan kepada pihak yang berkaitan.

Dengan ada persidangan seperti DIHAD ini boleh membantu menguatkan idea dan bersama-sama mencari cara baharu bagi memacu inovasi dalam tindak balas kemanusiaan global.

image is not available