MARA diarah tawar biasiswa penuh buat pelajar Orang Asli peroleh 5A ke atas dalam SPM

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 5:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Majlis Amanah Raya atau MARA diarah tawar biasiswa penuh kepada pelajar Orang Asli yang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam SPM 2024.

MARA diarah tawar biasiswa kepada pelajar OA yang raih 5A

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatannya di Facebook sebagai bentuk penghargaan atas semangat dan ketekunan pelajar terlibat dalam mengejar kejayaan pendidikan

“Semoga inisiatif ini membuka lebih banyak ruang dan membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak Orang Asli. Insya-Allah,”katanya.

image is not available

MARA diarah tawar biasiswa kepada pelajar OA cemerlang oleh TPM

Dalam video yang turut dikongsikan, Zahid memaklumkan seramai 1,932 pelajar Orang Asli menduduki SPM 2024, dan daripada jumlah itu, 87 orang berjaya meraih 5A ke atas.

Difahamkan, biasiswa penuh yang ditawarkan bertujuan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), German-Malaysian Institute (GMI) dan beberapa institusi lain di bawah MARA.

“Mereka boleh memohon untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), German-Malaysian Institute (GMI) dan lain-lain institusi pendidikan tinggi di bawah MARA,”tambah beliau.

image is not available

Zahid turut menekankan bahawa kejayaan pelajar Orang Asli tidak hanya memerlukan semangat semata-mata, tetapi juga akses kepada kemudahan pendidikan yang berkualiti dan berterusan.

image is not available

Langkah ini dilihat sebagai satu komitmen serius kerajaan dalam memperkasakan komuniti Orang Asli agar mampu bersaing di arus perdana.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi