Dapat Semua A, Pelajar Cemerlang SPM Rai Kejayaan Dengan Mak Cik Kantin

29 Apr 2025 • 11:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Pelajar Cemerlang SPM

Seorang pelajar cemerlang SPM rai kejayaan memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mak cik kantin di sekolahnya selepas menperoleh keputusan.

Pelajar Cemerlang SPM dapat semua A

Menerusi video yang dikongsi Sara Lisa di TikTok, dia telah memuat naik momen pelajarnya yang memilih untuk bergambar dengan pengusaha dan pekerja di kantin sekolah sebagai kenangan serta meraikan kegembiraan mendapat semua A.

@sarakiroro

Just to inspire people to appreciate and respect each other #theacademy #akademisainspendang #spm2024 * typing error: APPRECIATION

♬ End of Beginning – Djo

Pelajar Cemerlang SPM ke kantin bergambar dengan mak cik kantin

Ujar Sara Lisa lagi, dia akui terkejut apabila melihat pelajar yang bernama Le Qian datang ke kantin dan mengajak pengusaha kantin untuk bergambar bersama.

” Saya agak terkejut dan tidak menyangka ia dilakukan oleh pelajar saya. Kami ketika itu sedang duduk dikantin dan seorang pelajar datang serta mengajak mak cik kantin untuk bergambar,”katanya.

Sangat menginspirasikan

Jelasnya lagi, momen tersebut sangat menginspirasikan orang ramai agar saling menghormati antara satu sama lain tanpa memandang latar belakang.

“Kejayaan tak diukur dari apa yang anda peroleh, tetapi bagaimana anda membawa diri untuk ke sana,” tulisnya lagi.

Didikan ibu bapa yang sangat bagus

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing memuji adab yang ditunjukkan pelajar tersebut.

Mereka juga mengatakan bahawa didikan ibu bapa pelajar berkenaan cukup baik sehingga dia tidak lupa kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya.

image is not available

 

Adab tu mahal!

image is not available

 

Akan banyak lagi kejayaan yang diperoleh dengan adab seperti ini

image is not available

Semoga menjadi insan yang berjaya di masa hadapan dan terus mengekalkan keperibadian yang menjadi contoh kepada golongan muda.

Tahniah atas kejayaan memperoleh semua A dalam SPM tempoh hari!

Sumber: TikTok Sara Lisa