MARA Tampil Bantu Anak Yatim Piatu PNGK 4.0 Dapatkan Tajaan Penuh Ke USM

2 Sep 2026 • 8:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MARA Tampil Bantu Anak Yatim Piatu PNGK 4.0 Dapatkan Tajaan Penuh Ke USM

Kisah seorang pelajar yatim piatu dari Pasir Mas, Kelantan yang memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan impiannya melanjutkan pengajian ke universiti tercapai.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima banyak tanda nama daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kisah pelajar berkenaan, Atiqah Husna.

Image from: MARA Tampil Bantu Anak Yatim Piatu PNGK 4.0 Dapatkan Tajaan Penuh Ke USM
Kredit: Facebook 3rd Force Pasir Mas

Menurutnya, beliau kemudian menghubungi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dato Dr Abdul Rahman Mohamed dan mendapat persetujuan universiti itu untuk menaja pengajian Atiqah sepenuhnya.

“Ramai yang tagged saya perihal anak yatim piatu cemerlang STPM PNGK 4.0. Alhamdulillah saya sudah hubungi Naib Canselor USM dan beliau setuju untuk bantu taja sepenuhnya. MARA juga akan bantu persediaan pelajar untuk ke USM.

“Terima kasih kepada Naib Canselor USM Prof Dato Dr Abdul Rahman Mohamed yang pantas bertindak apabila saya memaklumkan perihal adik Atiqah dari Pasir Mas, Kelantan. Insya-Allah USM akan masukkan di bawah Program Biasiswa Sulong USM,” katanya.

Jelasnya, kisah Atiqah yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan kini dibesarkan oleh datuk serta neneknya turut menyentuh hatinya.

“Sebak saya mendengar dan membaca berita anak yatim piatu ini yang kehilangan kedua-dua ibu bapa dan tinggal bersama datuk dan nenek. Itupun keduanya uzur.

“Nasib baik ada rumah PPRT yang dibina oleh KKDW untuk mereka berteduh. Insya-Allah Yayasan Pelajaran MARA juga akan membantu adik Atiqah ini,” katanya.

Image from: MARA Tampil Bantu Anak Yatim Piatu PNGK 4.0 Dapatkan Tajaan Penuh Ke USM
Kredit: Facebook 3rd Force Pasir Mas

Kisah Atiqah sebelum itu tular menerusi perkongsian Facebook 3rd Force Pasir Mas yang memohon bantuan orang ramai bagi membolehkannya meneruskan pengajian di USM.

Atiqah, yang dijaga datuk dan nenek sejak berusia dua bulan, dilaporkan berjaya memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM meskipun membesar dalam keadaan serba kekurangan.

Beliau turut menerima tawaran mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian di USM dan bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

Dalam perkongsian berkenaan, datuknya, Ghani dilaporkan bimbang mengenai kos yang diperlukan untuk menghantar Atiqah mendaftar ke universiti, selain keperluan sebuah komputer riba bagi kegunaan sepanjang pengajian.

Namun, perkembangan terbaharu itu menyaksikan kebimbangan berkenaan mula mendapat perhatian apabila Asyraf Wajdi berkata MARA akan membantu persediaan Atiqah untuk melanjutkan pengajian, manakala USM pula bersetuju menyediakan tajaan penuh menerusi Program Biasiswa Sulong USM.

Baca juga:

Langkah itu sekali gus membuka peluang lebih cerah buat Atiqah untuk mengejar cita-citanya menjadi guru dan mengubah masa depan dirinya serta keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved