Tak cukup kos sambung belajar di UPSI, MARA tampil bantu Lovely Sabana ringankan beban

LocalPersonal Finance
18 Aug 2026 • 9:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Masalah kewangan yang membelenggu pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Lovely Sabana Augustine untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menerusi Yayasan Pelajaran MARA, pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 itu akan menerima bantuan RM1,000 sebagai wang persiapan untuk mendaftar ke UPSI bulan depan.

Image from: Tak cukup kos sambung belajar di UPSI, MARA tampil bantu Lovely Sabana ringankan beban

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kisah Lovely Sabana yang tular di media sosial sejak kelmarin mendapat perhatian ramai selepas keluarganya berdepan kekangan kewangan.

“Adik Lovely datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Ibunya bekerja sebagai tukang cuci sekolah dan mengambil kerja sambilan sebagai anggota RELA menjaga masjid pada hari Jumaat dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan.
“Apa lebih membanggakan beliau mendapat PNGK 4.0 di dalam STPM walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Image from: Tak cukup kos sambung belajar di UPSI, MARA tampil bantu Lovely Sabana ringankan beban

“Saya sudah menghubungi Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff untuk membantu dan alhamdulillah pihak UPSI bersetuju memberikan pelepasan khas berkaitan yuran bagi membantu meringankan beban adik Lovely.
“Insya-Allah, MARA melalui Yayasan Pelajaran MARA akan membantu RM1,000 sebagai wang persiapan. Saya juga turut menghulurkan sedikit sumbangan peribadi,” katanya menerusi Facebook.

Lovely Sabana, anak keturunan Kadazan-Siam dari Tumpat, ditawarkan mengikuti bidang Pendidikan Moral di UPSI dan dijadualkan mendaftar pada 13 September depan.

Image from: Tak cukup kos sambung belajar di UPSI, MARA tampil bantu Lovely Sabana ringankan beban

Selain masalah kewangan, pelajar yang kematian bapa itu turut memerlukan komputer riba dan kelengkapan lain bagi membuat persiapan memulakan kehidupan sebagai mahasiswa.

Asyraf Wajdi berharap bantuan yang disalurkan menjadi pembuka jalan buat Lovely Sabana mengejar cita-citanya untuk menjadi pendidik selain membantu mengubah kehidupan keluarganya pada masa depan.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved