Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk

1 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk

JAKARTA – Gara-gara tidak berpuas hati ditegur kerana bunyi ekzos yang bising dan pemanduan secara berbahaya, 20 individu yang menaiki kereta dan motosikal menyerang sebuah rumah penduduk di  Perumahan Royal Cikunir, Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat, lapor halaman berita Radar Kaltim.

Pemilik rumah mendakwa turut menerima ugutan, termasuk ancaman mahu membakar rumah berkenaan.

Isu tersebut dilaporkan telah beberapa kali ditegur dan pernah cuba diselesaikan menerusi pihak Rukun Tetangga (RT). 

Bagaimanapun, keadaan kembali tegang sehingga pemilik rumah bertindak membuat laporan polis..

Pemilik rumah turut mengesahkan telah menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Kota Bekasi. 

Kes berkenaan kini masih dalam proses pengendalian pihak berkuasa. – AGENSI 

The post Marah ditegur ekzos bising, 20 individu ugut bakar rumah penduduk appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved