[VIDEO] ‘Kepada pencuri air, hidup kau tak akan aman’

22 Sep 2026 • 5:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kepada pencuri air, hidup kau tak akan aman’

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila perlu menanggung bil air rumah di Hulu Langat sehingga mencecah kira-kira RM6,000 didakwa gara-gara bekalan airnya dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Wanita berkenaan, Mursyidah Izazi menerusi hantaran Thread berkongsi masalah dihadapinya didakwa berpunca daripada meter air yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah sekali gus dia berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara itu.

“Kepada yang mencuri air dekat rumah aku sejak 2024 sampai la sekarang, aku sumpah dengan nama Allah hidup kau memang tak akan aman. Dan aku bersumpah, selagi mana kau hidup, rezeki kau sentiasa sempit.

“Dan aku bersumpah jikalau rezeki kau tamat di dunia, kubur kau sentiasa berair walaupun musim kemarau. Kau kena datang minta maaf dekat aku sebab dari bil RM6,000, aku yang bayar seorang bukan orang lain.

“Untuk Air Selangor, mohon la terima permohonan kami untuk buat meter depan rumah bukan 300 m nun jauh di sana,” katanya.

Dia berkata, rumah yang didiami bersama ibu bapanya itu siap dibina pada Ogos 2021 dan mereka dimaklumkan adalah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk rumah lot memasang meter air di depan jalan besar.

“Walaupun rumah beribu batu nun jauh ke dalam. Kami akur, tapi kami yang menanggung kerugian bila mana air dicuri, meter laju sebab ada kebocoran daripada kecurian yang kami sendiri tak tahu siapa.

“Mesti bil bulan depan melambung, kami baru sedar semalam nak mandi sebab air tangki dah habis,” katanya.

Dia turut memuat naik penyata bil air yang perlu dibayarnya.

“Bil hujung tahun 2025 dan bil semasa Bayangkan bil hujung tahun 2025 tu tak campur lagi dengan bil 2024 yang pertama kali kena curi tu (dah tak boleh kesan resit dalam aplikasi).

“Bil semasa kami pun tengoklah, RM13 je. Sumpah laknat untuk kau pencuri air,” katanya.

Mursyidah berkata, bapanya juga didakwa telah menemui bukti paip air rumah mereka dipotong dan disambungkan ke tempat lain.

“Ini punca saya dan ayah jumpa paip yang bocor. Jelas paip kena potong dan disambungkan ke mana-mana.

“Lepas pencuri dah guna, dia tinggalkan macam tu saja. Meter dah kembali perlahan macam biasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Kepada pencuri air, hidup kau tak akan aman’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved