Marc Marquez Enggan Sambut Juara Dunia di Misano

FootballSports
26 Aug 2025 • 7:49 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Marc Marquez terus memperkukuh cengkaman dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP selepas menguasai perlumbaan di Hungary GP, menamatkan saingan dengan kelebihan 4.314 saat di hadapan pencabar lain. Kemenangan itu melonjakkan jurangnya kepada 175 mata berbanding adiknya, Alex Marquez, yang sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 selepas terjatuh awal.

Secara matematik, Marc kini berpeluang menamatkan perebutan gelaran seawal di San Marino Grand Prix, Misano. Untuk membuka ruang itu, beliau perlu meninggalkan Catalunya dengan kelebihan 185 mata, dan menambah sehingga 222 mata di Misano bagi mengesahkan kejuaraan dunia ketujuh dalam kelas perdana.

Namun, Marquez mengakui enggan menobatkan dirinya di Misano kerana tidak mahu melihat adiknya mengalami hujung minggu buruk di Catalunya.

“Saya berharap peluang pertama muncul di Jepun atau Mandalika. Jika di Misano, itu bermakna Alex alami minggu bencana – saya mahu yang terbaik untuknya,” jelas Marc

Marc menambah beliau lebih suka jika sambutan juara dunia dapat dinobatkan di Jepun ataupun Indonesia.

Walaupun gelaran sudah hampir pasti, Marc tetap berpegang kepada fokus asal, konsisten dan tenang hingga tiba masa meraikan kejuaraan dunia ketujuhnya.

Dari segi lain, sambutan di Misano juga terasa janggal mengingatkan banyak penyokong Rossi disana dan juga merupakan kubu Valentino Rossi. Tambahan pula jika di Jepun atau Indonesia, beliau mempunyai ramai peminat jadi kemungkinan ini juga punca kedua beliau tidak mahu untuk menyambutnya disana.