Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara

FootballSports
6 Feb 2025 • 11:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Marcelo. Foto AFP

BEKAS bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini, tetapi saya masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan kepada bola sepak. Terima kasih atas segalanya," kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi akaun media sosialnya.

Bekas pemain kebangsaan Brazil itu meraih lima trofi Liga Juara-Juara UEFA, empat Piala Dunia Kelab FIFA dan enam kejuaraan LaLiga Sepanyol bersama Real Madrid sebelum kembali ke kelab lamanya, Fluminense di Brazil, pada Februari 2023.

Marcelo turut membantu Brazil menjuarai Piala Konfederasi 2013 dengan enam gol dalam 58 penampilan bersama skuad kebangsaan. - Bernama-AA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved