Marinette Kapal Terakhir GSF Masih Berlayar, Selepas Yang Lain Dipintas

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 10:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Marinette Kapal Terakhir GSF Masih Berlayar, Selepas Hampir Semua Yang Lain Dipintas

Marinette kini menjadi kapal tunggal dalam misi Global Sumud Flotilla yang masih berlayar menuju ke Gaza selepas kapal yang lain dipintas Israel, semalam.

Berdasarkan data penjejak Global Sumud Flotilla, hanya Marinette yang masih berlayar manakala baki 41 buah lagi yang dijejaki telah disahkan atau dianggap telah dihentikan oleh Israel.

Menurut portal berita Siasat, kapal berkenaan berlayar menggunakan bendera Poland dan dinaiki seramai enam orang aktivis.

Kapal berkenaan dilapor bergerak pada kelajuan 3.78 knot dan berada di kedudukan 31°45.676′ N, 33°3.488′ E.

Terdahulu, Global Sumud Flotilla atau lebih dikenai sebagai GSF telah melancarkan misi pelayaran bagi menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik dan sekatan berpanjangan.

Misi itu menyaksikan penyertaan hampir 500 orang aktivis dari pelbagai negara termasuk beberapa orang tokoh terkenal antaranya aktivis alam sekitar Greta Thunberg dan cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela.

Berapa orang aktivis dari Malaysia turut menyertai misi tersebut antaranya penyanyi terkenal, Zizi Kirana dan tokoh wartawan dan penulis tersohor, Zainal Rashid Ahmad.