MarioGPT Membolehkan Mario Dimainkan Sampai Bila-Bila

TechnologyGamingDigital
16 Feb 2023 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Generative Pre-trained Transformer atau GPT adalah sistem kecerdasan buatan yang memerlukan pengguna masukkan teks ringkas dan menerima maklum balas yang panjang dan penuh konteks seakan bersembang dengan manusia.

Populariti GPT adalah hebat sekali sehingga digunakan banyak pada pelbagai sistem seperti DALL.E untuk janaan grafik berasaskan teks atau yang terkini enjin carian Bing dengan sistem GPT yang memberikan data terkini.

Terkini, GPT-2 model AI lama digunakan untuk menjana tahap permainan baharu agar satu permainan itu tidak akan dapat habis dimainkan kerana pengguna boleh masukkan teks untuk menjana para baharu dengan pelbagai cabaran atau tahap yang mudah menang.

Sistem ini adalah MarioGPT, yang boleh menjana tahap baharu tanpa henti dan membolehkan pemain bermain permainan Mario sampai bila-bila. Seperti sistem DALL.E, pengguna hanya perlu masukkan teks butiran mengenai tahap permainan yang diingini seperti “lebih banyak paip, banyak musuh, blok yang sedikit dan sudut dongakan rendah”.

image is not available

Walaupun nampak menarik, MarioGPT tidak boleh menjadi permainan Mario sepenuhnya kerana musuh yang boleh dijana terhad kepada satu sahaja sama ada ingin Goombas, Koopas atau lain-lain yang boleh ditukar. Salah satu sebab pengehadan in mungkin kerana penggunaan GPT-2 yang lama dan hanya boleh melatih AI dengan data ringan. Tetapi pembangunnya ada merancang untuk kemaskini dengan GPT terkini atau dengan set data yang lebih besar.

Sistem di sebalik MarioGPT juga tidak terhad kepada permainan Mario sahaja dan turut boleh digunakan pada permainan lain seperti Sonic. Apa kata anda jika permainan dengan tahap yang dijana AI ini dipasarkan secara komersil agar anda boleh main tanpa henti?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved