Dua hari lepas, Microsoft telah melancarkan semula enjin carian mereka – Bing. Kali ini dikuasakan dengan sistem kecerdasan buatan yang dikuasakan dengan teknologi OpenAI iaitu GPT-4.0 yang dikatakan lebih baik dari ChatGPT sedia ada.
Hasil carian juga adalah lebih pantas dan tepat, kerana memaparkan maklumat terkini bukan yang terhad pada tahun 2021 seperti ChatGPT. Pengguna juga turut boleh bertanyakan sejumlah persoalan lain, dan menerima jawapan yang sesuai untuknya.
We're humbled and energized by the number of people who want to test-drive the new AI-powered Bing! In 48 hours, more than 1 million people have joined the waitlist for our preview. If you would like to join, go to https://t.co/4sjVvMSfJg! pic.twitter.com/9F690OWRDm
Buat masa ini, sokongan berbual dengan Bing masih belum boleh digunakan oleh semua orang. Yang boleh digunakan hanyalah enjin carian mereka sahaja. Kini menurut salah seorang eksekutif Microsoft, dalam tempoh 48 jam – sudah ada lebih 1 juta orang mendaftar untuk mencuba Bing dengan ciri Chat.

Bukan itu sahaja, mereka yang ingin dapatkan akses lebih pantas turut boleh memasang aplikasi Bing pada telefon pintar dan/atau menjadikan Bing sebagai enjin carian lalai pada pelayar web masing-masing – menjadikan jumlah pengguna Bing bertambah dalam masa yang singkat.
