‘Marissa & Aslam berkahwin di Songkla Disember lalu’ – Kakak Ipar

Entertainment
8 Feb 2024 • 9:29 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Marissa Dania Hakim, anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Aslam di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Maklumat ini telah disahkan oleh kakak ipar kepada Aslam, iaitu Nadiah Mazlan.

“Ya betul, nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,”

Marissa dan Aslam yang masih memegang status sebagai suami dan bapa kepada dua orang anak, dikatakan telah melangsungkan pernikahan ketika isteri Aslam, Misya Mazlan, sedang menunaikan umrah.

September tahun lalu, Misya telah membuat pendedahan di media sosial mengenai dakwaan kecurangan suaminya dengan Marissa, yang didakwa sebagai penyebab utama perceraian mereka.

Namun, Aslam dan Misya telah membuat keputusan untuk berbaik semula dalam tempoh idah.

Sementara itu, Marissa dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram ibu bapanya di laman sosial.

Bagaimanapun, Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman tidak lagi mengikuti akaun anak perempuannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved