Maritim bantu hantar bayi ke Hospital Kudat

19 Jul 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat dengan pantas membawa seorang bayi lelaki berusia tiga hari yang memerlukan rawatan segera di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi ke Hospital Kudat.

Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, misi bantuan tersebut dilaksanakan aset ronda Zon Maritim Kudat iaitu Bot Halilintar 02 setelah menerima panggilan daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Karakit kira kira jam 3 petang Rabu.

“Bayi berkenaan, Mohd Adwa Faiq Salleh perlu mendapatkan rawatan segera di Hospital Kudat kerana mengalami demam tinggi dan berisiko mendapat jangkitan selaput otak serta serangan sawan, jika tidak dirawat segera,” katanya.

Menurut Maurice, bayi itu diiringi ibunya dan tiga staf kesihatan tiba di Jeti Marina, Kudat kira-kira jam 5 petang, seterusnya dipindahkan ke ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kudat.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Katanya, Adwa dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dan diberikan pemantauan rapi sehingga keadaan bayi itu stabil.

Untuk sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat pada talian 088-611858 atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.