
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di sini menggagalkan cubaan sebuah bot menyeludup arak dan rokok melalui perairan Tanjung Labian, pada Ahad.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot Maritim mengesan bot hijau tanpa nombor pendaftaran itu, kira-kira 4.50 pagi selepas menerima maklumat.
Beliau berkata, sebaik menyedari kehadiran Maritim itu, bot berkenaan memecut ke arah darat berhampiran namun berjaya dipintas pasukan berkenaan.
Bagaimanapun, dua suspek di dalam bot terjun ke dalam air dan melarikan diri ke daratan berhampiran.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Pemeriksaan ke atas bot menemui 24 botol dan dua tin minuman keras serta 70 kotak rokok dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.
“Kesemua rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya, menambah siasatan akan dijalankan di bawah Akta Kastam 1967.
Dalam pada itu, Nik Mohd Rizam menggesa orang ramai supaya menyampaikan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah ke pusat operasi 24 jamnya di talian 089-885727 atau MERS999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
