Maritim Malaysia tiada pusat tahanan khusus

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 6:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Maritim Malaysia tiada pusat tahanan khusus

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak mempunyai pusat tahanan khusus, sebaliknya hanya menyediakan lokap bagi menempatkan individu yang disyaki melakukan kesalahan sepanjang tempoh reman untuk tujuan siasatan.

 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, individu terbabit akan ditempatkan di lokap berkenaan sementara menunggu proses siasatan selesai.

 

“Untuk makluman, setakat ini APMM tidak mempunyai pusat tahanan. Bagaimanapun, APMM mempunyai lokap tahanan untuk menempatkan orang yang disyaki dalam proses reman bagi tujuan siasatan sahaja.

 

“Selepas hukuman dijatuhkan, orang yang dituduh (OYDS) akan diserahkan kepada pihak penjara dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk ditempatkan di pusat tahanan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai pengurusan individu yang memasuki negara ini secara tidak sah serta proses pengusiran mereka.

 

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut bekerjasama dengan pelbagai agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

 

Bagaimanapun, beliau mendedahkan liputan radar pengawasan maritim negara masih belum meliputi keseluruhan perairan negara walaupun kesemua 15 stesen radar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) beroperasi selama 24 jam sehari.

 

“Sebanyak 15 stesen radar jarak jauh (RSS) di bawah Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) itu merangkumi 12 stesen di sepanjang Selat Melaka, manakala tiga lagi terletak di pantai barat Sabah,” katanya.

The post Maritim Malaysia tiada pusat tahanan khusus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved