
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan dua bot nelayan asing Vietnam (BNAV) yang sedang leka mengaut hasil laut di sekitar 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut Pulau Sibongor Laut, dekat sini pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kedua-dua bot terbabit dikesan aset ronda Zon Maritim Kudat ketika menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut.
Menurut Maurice, pemeriksaan pada bot mendapati seramai 12 orang warganegara Vietnam berumur lingkungan 23 hingga 53 tahun yang mengendalikan kedua-dua bot berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas dua bot terbabit juga menemukan kira-kira 20 kilogram balat basah, peralatan menangkap balat yang diperbuat daripada besi serta kira-kira 600 liter minyak diesel.
“Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai RM3.5 juta.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen1956/63,” katanya.
Beliau menyeru kepada masyarakat, khususnya komuniti maritim di Kudat, untuk sama-sama melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia pada talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
