
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dua batu nautika dari daratan sekitar jam 4.45 petang Khamis.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tiga lelaki warga Indonesia berumur antara 20 hingga 42 tahun yang berada di atas bot turut ditahan kerana disyaki menarik pukat pada jarak 1.6 batu nautika dari daratan.
Terdahulu, beliau berkata kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Khas Pagar Laut dan Op Pluto Timur berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan Kg Titingan.
“Selepas pemeriksaan, kesemua kru bot serta muatan hasil laut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.
Shahrizan berkata, kesemua barangan disita termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM80,000.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang melanggar syarat sah lesen.
Ini kerana, katanya, ativiti menarik pukat pada jarak berhampiran pantai boleh merosakkan ekosistem laut dan mengganggu aktiviti nelayan tradisional di kawasan pantai.
Justeru, orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau pada talian 089-750116 atau MERS 999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
