Maritim tahan bot pancing tiada lesen di perairan Selangor

19 Sep 2022 • 12:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan sebuah bot pancing yang beroperasi tanpa lesen di perairan negeri ini semalam.

Pengarahnya Kapten V Siva Kumar berkata penahanan dalam ‘Op Ehsan’ dan ‘Op Benteng Laut’ dibuat pada kedudukan 4.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor pada jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing dikendalikan lima kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 40 hingga 57 tahun.

“Bot, tekong dan kru dibawa ke Jeti Polis Marin Pelabuhan Klang Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan tekong tiada sijil perakuan kompeten membawa bot daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved