Maritim Tawau gagalkan cubaan seludup 17 tong gas

6 Feb 2023 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga tempatan, 22, menyeludup keluar 17 tong gas petroleum cecair (LPG) yang dibalut dengan guni, gagal apabila bot kargonya ditahan di muara Sg Melayu sekitar jam 6 petang, Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Pluto Timur berjaya mengesan bot suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Bot kargo tempatan itu bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik. Pemeriksaan awal ke atas bot tersebut didapati membawa muatan 17 tong gas LPG 14 kilogram berisi yang dibalut dengan guni,” katanya.

Menurutnya, juragan bot gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawanya, dianggarkan bernilai RM3,600.

Shahrizan berkata, suspek bersama bot dan muatannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kesemua barangan iaitu bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dianggarkan bernilai RM28,000, termasuk tong gas sebanyak RM3,600.

Mengulas lanjut, beliau berkata,penguatkuasaaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di perairan Tawau.

Katanya, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk menghadapi sebarang situasi.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.