
TAWAU: Sebuah bot kargo tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tawau kerana disyaki membawa muatan pelbagai barangan dan produk kosmetik serta kesihatan tanpa permit, awal pagi Sabtu lepas.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari Pulau Sebatik menuju ke perairan Tawau semasa pihaknya melakukan Ops Sejahtera / Ops Pluto Timur.
