Mark Zuckerberg Akui TikTok ‘Ancaman Besar’ Buat Meta – “Pertumbuhan Kami Jatuh Mendadak..”

WorldTechnology
17 Apr 2025 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan New York Post, Ketua Pegawai Eksekutif Meta iaitu Mark Zuckerberg menyifatkan aplikasi TikTok sebagai ancaman paling besar buat syarikatnya.

TikTok ancaman terbesar buat Meta

Sepanjang tiga hari memberi keterangan, Mark mengakui bahawa populariti TikTok yang mula meningkat secara drastik sejak tahun 2018 itu telah memperlahankan pertumbuhan Meta dengan sangat ketara.

image is not available

 

Kami melihat pertumbuhan Meta jatuh mendadak apabila TikTok mula naik. Ia sangat mendesak dan menjadi fokus utama Meta dalam menyesuaikan strateginya bagi menyaingi TikTok sejak beberapa tahun lalu.

Tolak dakwaan hapuskan pesaing

Dalam pada itu, kini Meta sedang mempertahankan diri mereka daripada dakwaan bahawa syarikat terbabit mengamalkan amalan monopoli dengan membeli pesaing seperti Instagram dan WhatsApp bagi menghapuskan pesaingan sengit.

image is not available

Dakwaan berkenaan sama sekali ditolak oleh Mark Zuckerberg dan dia menjelaskan Facebook serta Instagram kini lebih berperanan sebagai platform ‘penemuan kandungan’ dan tidak lagi bergantung pada model hubungan keluarga atau rakan seperti sebelum ini.

image is not available 3 months ago

Melabur Besar Dalam AI Untuk Kekal Relevan, Facebook, Instagram & WhatsApp Akan Pecat Lebih 3000 Pekerja

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved