Mark Zuckerberg Hilang $11 Bilion Selepas Saham Meta Jatuh 25% Semalam

TechnologyDigital
28 Oct 2022 • 9:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Mark Zuckerberg

Saham Meta menjunam sehingga 25% semalam selepas syarikat mengumumkan pendapatan menyusut 4.5% pada suku yang lalu berbanding suku yang sama tahun lalu. Akibatnya nilai kekayaan Mark Zuckerberg berkurangan lain sebanyak $11 bilion.

image is not available

Nilai kekayaan Zuckerberg kini hanya $38.1 bilion (~RM179 bilion) berbanding $142 bilion (~RM670 bilion) pada September 2021. Oleh sebab itu beliau yang dahulunya adalah manusia ketiga terkaya di belakang Elon Musk dan Jeff Bezos kini berada di tangga ke 23 mengikut senarai terkini Forbes.

Perjudian Zuckerberg untuk mengubah haluan syarikat dari media sosial ke metamesta sepenuhnya masih belum membuahkan hasil. Selepas berbilion dibelanjakan, Horizon Worlds masih tidak mempunyai jumlah pengguna yang tinggi dengan kakitangan Meta sendiri tidak begitu berminat menggunakannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved