Pengasas Facebook atau kini dikenali sebagai Meta, Mark Zuckerberg, kini dikatakan sedang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI).
Langkah ini dilihat berbeza dengan sebelum ini dimana Meta memfokuskan lebih kepada metamesta. Ia dikatakan sebahagian pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta akan turut digunakan dalam pembangunan metamesta mereka.
Sebelum ini, Meta sedia menyatakan akan memfokuskan kepada teknologi penjanaan yang sedang popular, disamping telah berkongsi perkembangan beberapa model kecerdasan buatan mereka baru-baru ini.
Dengan Mark Zuckerberg turut memfokuskan ke arena ini, ia dijangka teknologi kecerdasan buatan ini akan diintegrasikan meluas pada produk Meta, termasuk Facebook dan Instagram.
Pada hari ini, pelbagai gergasi internet memfokuskan kepada pembangunan dan pengenalan produk berasaskan kecerdasan buatan. Pihak Microsoft sedia mengintegrasikan teknologi ChatGPT pada enjin carian Bing mereka, sementara Google pula kini sedang bertungkus-lumus dalam pembangunan kecerdasan buatan tersendiri.

