Mark Zuckerberg Mengaku Pembangunan AI Meta Tidak Berkembang Secepat Dijangka

TechnologyDigital
3 Jul 2026 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg Mengaku Pembangunan AI Meta Tidak Berkembang Secepat Dijangka

Tahun lalu Meta membelanjakan ratusan juta untuk mencuri tenaga kerja syarikat kecerdasan buatan (AI) pesaing semata-mata untuk mempercepatkan pembangunan AI mereka. Di bawah inisiatif Meta Superintelligence Labs, tumpuan diberikan untuk mencipta kecerdasan am buatan (AGI) dan ejen AI yang diharapkan dapat memberikan kelebihan kepada Meta.

Tetapi dalam satu pertemuan dengan kakitangan yang dilakukan semalam, Mark Zuckerberg mengakui pembangunan ejen AI tidak berkembang secepat yang dijangka dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini. Ejen AI yang dibangunkan Meta diharap dapat mengambil alih tugas kakitangan manusia.

Image from: Mark Zuckerberg Mengaku Pembangunan AI Meta Tidak Berkembang Secepat Dijangka

Projek pembangunan ejen AI ini menimbulkan kontroversi selepas Meta dilaporkan meletakkan sistem merakam pergerakan tetikus dan papan kekunci kakitangan untuk melatih model. Projek pengumpulan data ini telah dihentikan baru-baru ini selepas muncul isu kebocoran data.

Zuckerberg turut menyatakan proses penyusuyanan semula besar-besaran, termasuk pemberhentian pekerja tidak dilakukan secara teratur seperti yang dirancang dan berlaku kesilapan masa pelaksanaannya. Meta membuang lebih 8000 pekerja tahun ini kerana tumpuan diberikan kepada pembangunan AI. Pekerja bahagian metamesta dan Reality Labs antara yang paling teruk terjejas.

Walaupun AI menerima tumpuan paling besar syarikat teknologi utama dunia, dapat dilihat sekarang pelaburan besar tidak semestinya berjaya menghasilkan produk yang terbaik. xAI diserap masuk ke SpaceX dengan Elon Musk mengaku pembinaannya tidak dilakukan dengan betul sehingga produk yang dihasilkan gagal menjana pendapatan. OpenAI pula melihat momentum berkurangan dan dana semakin susut.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved