Meta Sedang Menguji Aplikasi Permainan Berasaskan AI Baharu — Pocket

TechnologyGaming
3 Jul 2026 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Sedang Menguji Aplikasi Permainan Berasaskan AI Baharu — Pocket

Bersedia dengan kehadiran satu lagi produk baharu daripada Meta. Kini, mereka mula menguji Meta Pocket iaitu aplikasi sosial berasaskan AI yang membolehkan pengguna mencipta permainan mini yang menarik hanya dengan menaip arahan teks.

Image from: Meta Sedang Menguji Aplikasi Permainan Berasaskan AI Baharu — Pocket

Setiap arahan akan dijana oleh AI dan ditukarkan secara automatik kepada kod, sebelum digunakan untuk membina aplikasi kecil yang boleh dimainkan serta dikongsi bersama komuniti. Sebagai contoh, jika anda menaip arahan, ‘buat permainan lompat halangan dengan karakter kucing’ sistem AI Pocket akan menukarkan arahan tersebut kepada kod dan seterusnya menghasilkan permainan ringkas yang boleh dimainkan.

Image from: Meta Sedang Menguji Aplikasi Permainan Berasaskan AI Baharu — Pocket
Meta Pocket

Menurut TechCrunch, Pocket sebenarnya sudah disenaraikan di App Store dan Google Play sejak 29 Jun 2026 tetapi belum boleh dimuat turun di kebanyakan negara. Hal ini turut menunjukkan bahawa Pocket merupakan sebahagian daripada usaha Meta untuk menjadikan aplikasi berasaskan AI lebih meluas. Meta juga telah menambah ciri AI pada aplikasi sosialnya termasuklah aplikasi Edits.

Memandangkan Meta belum membuat pengumuman rasmi tentang pelancaran Pocket, besar kemungkinan aplikasi ini masih berada pada fasa percubaan awal sahaja. Ini juga selari dengan strategi syarikat itu yang biasanya menguji produk secara senyap sebelum pelancaran global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved