Mark Zuckerberg Merasakan Threads Akan Menjadi Laman Sosial Seterusnya Mencapai 1 Bilion Pengguna

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 9:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO Meta, Mark Zuckerberg kini berkongsi harapan beliau untuk perkhidmatan sosial Threads yang baru dilancarkan, menyatakan ia mungkin menjadi laman sosial seterusnya dibawah Meta yang mencapai angka 1 bilion pengguna.

Pada hari ini, Threads sedia mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar. Namun, sehingga kini, Meta masih belum mempromosikan ia melalui Instagram atau Facebook secara meluas – sekaligus mungkin membawa kepada peningkatan angka pengguna dengan lebih drastik selepas ini.

image is not available

Mark Zuckerberg juga mengatakan beliau merasa pelik kerana tiada sebarang aplikasi berasaskan teks seperti Threads yang mencapai sehingga 1 bilion pengguna setakat ini. Twitter sendiri masih jauh dari mencapai angka berkenaan walaupun telah beroperasi sekian lama.

Buat masa ini, Threads masih tidak mempunyai beberapa ciri popular – termasuk aplikasi berasaskan web untuk diakses melalui desktop. Dengan pelbagai perkembangan positif, termasuk masalah melanda Twitter, tidak mustahil kita melihat Threads berjaya mencapai angka tersebut dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved