Marmoush rekrut terbaru Spurs

FootballSports
28 Aug 2026 • 3:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Marmoush rekrut terbaru Spurs

LONDON: Tottenham Hotspur terus menghangatkan jendela perpindahan musim panas apabila menandatangani penyerang Mesir, Omar Marmoush secara pinjaman daripada Manchester City.

Marmoush, 27, akan menyarung jersi Spurs untuk tempoh semusim dengan perjanjian berkenaan turut mempunyai klausa yang mewajibkan perpindahan itu dijadikan kekal pada musim panas tahun depan.

Media Britain melaporkan Spurs perlu membayar sekitar 60 juta pound (RM326.5 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang berkenaan secara kekal.

Kehadiran Marmoush menyaksikan Spurs mendapatkan pemain kedua dari City dalam tempoh beberapa hari selepas pemain sayap Brazil, Savio terlebih dahulu menyertai kelab London itu pada Selasa.

Savio yang dilaporkan bernilai 75 juta pound (RM408.2 juta) termasuk yuran awal, terus memberikan impak apabila meledak gol pada penampilan sulungnya sehari selepas menyertai Spurs.

Pengendalinya, Roberto De Zerbi menyifatkan Marmoush sebagai pemain yang diperlukan dalam pasukan terutama dari segi kelajuan serta ancaman di depan gawang lawan

“Omar ialah pemain yang tepat seperti kami mahukan di kelab ini . Dia bercita-cita tinggi, dahagakan kejayaan dan bertekad untuk membawa perubahan.

“Dia membawa kepantasan, kecerdasan dan ancaman sebenar di hadapan gol,” katanya dalam satu kenyataan rasmi kelab.

Dengan kemasukan Marmoush, Tottenham kini sudah membelanjakan lebih 300 juta pound (RM1.63 bilion) dalam jendela perpindahan musim panas ini.-AGENSI

The post Marmoush rekrut terbaru Spurs appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved