Marsha Bersedia Jadi Ibu, Sudah Merancang Untuk Menjalani Proses IVF

LocalEntertainment
8 Oct 2024 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh memberitahu dia sudah merancang untuk melakukan IVF dan bersedia untuk menjadi seorang ibu.

Memasuki tahun ke sembilan alam perkahwinan, Marsha dan pasangannya mengimpikan untuk menimang cahaya mata.

image is not available

Marsha secara dasarnya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu sebab sudah sembilan tahun berkahwin, jadi keinginan itu memang ada. Tetapi seperti saya katakan, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.

Penyanyi lagu Jika Takdir itu tidak berselindung apabila ditanya adakah dia dan suami merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Marsha berkata dia merancang untuk melalukan IVF dan perkara ini telah dipersetujui oleh suaminya.

image is not available

Jujur saya beritahu, memang saya rancang untuk buat IVF dan suami pun setuju dengan permintaan saya. Cuma itulah, dari hari ke hari ada beberapa perkara yang saya tau suami saya tidak dapat elak.

Sekadar info, Marsha Milan Londoh dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015