Sentiasa Berusaha Untuk Dapatkan Zuriat, Marsha Milan Ada Rancang Nak Buat IVF - “Cuma Itulah, Dari Hari Ke Hari…”

8 Oct 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Memasuki sembilan tahun usia perkahwinan, penyanyi Marsha Milan Londoh memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. 
 
Sudah lama mengimpikan untuk menimang cahaya mata, Marsha bagaimanapun berkata, dia menerima segala ketentuan daripada Yang Maha Esa dengan hati terbuka.

 

“Marsha secara dasarnya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu sebab sudah sembilan tahun berkahwin, jadi keinginan itu memang ada. Tetapi seperti yang saya katakan, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.

 
“Jika ada rezeki, Insya-Allah saya dan suami meman] tidak akan menolak, kerana itulah yang kami inginkan setelah sekian lama berkahwin.
 
“Semuanya bergantung kepada keizinan Allah. Tipulah kalau saya kata tidak ada keinginan untuk mempunyai cahaya mata sendiri. Insya-Allah, ada rezeki nanti… doakan supaya saya dikurniakan anak,” katanya kepada Gempak. 
 
Pemilik lagu Hening Rindu ini juga tidak berdolak-dalik ketika ditanya mengenai adakah dia dan suami merancang untuk berusaha mendapatkan anak.
 
Tanpa selindung, dia mengakui mempunyai perancangan untuk menjalani proses IVF atau ujian tabung uji jika berkesempatan.
 
Perancangan yang telah mendapat persetujuan suaminya itu bagaimanapun tertunda dek kesibukan rutin kerjanya.
 

“Jujur saya beritahu, memang saya rancang untuk buat IVF dan suami pun setuju dengan permintaan saya.

 
“Cuma, itulah… dari hari ke hari ada beberapa perkara yang saya atau suami tak boleh elak,” jelasnya ringkas.