Marsha raikan album baharu bersama peminat

EntertainmentMusic
11 Jul 2025 • 11:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

RATU Borneo Malaysia Marsha Milan kembali dengan album terbaru, Misompuru iaitu sebuah karya yang lahir daripada rasa cinta mendalam terhadap tanah kelahirannya, Sabah.

Diambil daripada istilah bahasa Dusun, Misompuru yang membawa maksud “keramaian” dalam bahasa Melayu, muncul sebagai surat cinta Marsha buat Borneo.

Dalam kenyataan di sini, Marsha berkata peminat dipelawa untuk menghadiri sesi pradengar album Misompuru secara percuma di RXP, REX Kuala Lumpur pada Ahad (13 Julai) ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Marsha berkata menerusi sesi terbabit dia berhasrat untuk menterjemahkan semangat tersebut dengan menghimpunkan peminat bagi menghayati dan menikmati keunikan muzik Borneo.

“Acara istimewa ini akan menjadi satu perayaan yang cukup intim dengan peminat dan sarat dengan keindahan bunyi, budaya serta seni Borneo,” katanya.

Penyanyi lagu Hening Rindu itu berkata, album Misompuru menghimpunkan elemen nostalgia, kekuatan jiwa dan kerinduan terhadap kampung halaman yang menjadikan karya ini dekat di hati pendengar, khususnya warga Borneo yang sentiasa ingin kembali menikmatinya.

Dengan irama dan gaya muzik yang mencerminkan cita rasa unik Sabah dan Sarawak yang berbeza daripada aliran muzik Semenanjung, Misompuru membawa suara segar kepada genre yang jarang diketengahkan dalam industri muzik arus perdana.

Lebih membanggakan, Misompuru turut membuka laluan buat Marsha menembusi pentas antarabangsa.

Setelah memenangi trofi Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Marsha dijemput ke Round Asean-Korea Music Festival 2025 baru-baru ini, untuk membawa lagu-lagu daripada album ini sebagai wakil identiti Borneo.

Ini membuktikan Misompuru bukan sekadar album, tetapi satu manifestasi seni warisan yang kini mendapat pengiktirafan di peringkat global, selayaknya buat Ratu Borneo Malaysia.

Memuatkan enam lagu termasuk Nalan Nalan (turut menampilkan Alena Murang), Lintah Darat (bersama Velvet Aduk), Pelangi Pasti, Santai Saja dan Hey Aramai Ti (bersama Datuk Francis Landong), Misompuru boleh didengar di semua platform penstriman digital utama.